27/09/2022

PPMI CENTRE – Konfederasi Serikat Buruh Merdeka

Berani, Jujur, Amanah, Alloh Ridho

Benarkah pemulangan Jenazah Percuma?

Salam semua.
Ramai yang bertanya tentang macamana jenazah warga asing yang meninggal di Malaysia bisa di pulangkan ke negara asal secara percuma.? uu

Banyak warga asing terutama WNI bertanyakan akan kebenaran khidmat pemulangan jenazah secara percuma.

Sedangkan untuk urusan pemulangan jenazah ke negara asal contoh ke Indonesia kos pemulangan di anggarkan mencecah RM5000 hingga RM8000.

Dan kebanyakan dari WNI jika ada yang meninggal di negara Malaysia, yang menjadi bebanan adalah mencari uang untuk segala urusan jenazah dari awal hingga pemulangan jenazah.

Sudah sering berlaku dikalangan WNI di Malaysia, jika ada berlaku kematian pada warga seumpama, kebanyakan WNI akan mencari sumbangan dari kawan, sahabat atau saudara. Betulkan?

Jadi bagaimana mungkin urusan pemulangan jenazah bisa grates/ percuma?

Ayuh kita teruskan…
Di SKI, pihak yang di beri WARTA dan izin dari pemerintah Malaysia melalui kelulusan undian 2/3 DEWAN PARLIMEN ia itu surat
WARTA KERAJAAN, YANG DIPERTUAN AGONG telah meluluskan WARTA KHIDMAT IMIGRAN, di bawah CLASS 45 untuk bertindak sebagai agen secara rasmi yang membolehkan menjalankan perkhidmatan kepada semua warga asing di bawah KHIDMAT IMIGRAN yang kendalikan oleh SKI secara rasmi.

Melalui surat WARTA KERAJAAN kelulusan tersebut mengizinkan SKI menjalankan perkhidmatan kepada semua WARGA ASING YANG KOSONG untuk didaftarkan di bawah progrem KHIDMAT IMIGRAN.

Sehubungan dengan hal tersebut, bagi yang mengikuti progrem KHIDMAT IMIGRAN maka pihak SKI telah memberi perkhidmatan kepada semua warga asing yang berada di Malaysia tidak kira bangsa, agama dan negara yang tidak mempunyai dokuman/kosong, dari seusia kanak kanak sehingga orang tua untuk berdaftar di bawah PROGREM KHIDMAT IMIGRAN.

Setelah mereka berdaftar dan mengikuti program KHIDMAT IMIGRAN
Setiap mereka berhak mendapat perlindungan khairat kematian yang di insurenkan di bawah syarikat insuren yang berdaftar.

Jika peserta meninggal. Jenazah peserta akan diurus dan dipulangkan ke negara asal peserta secara PERCUMA.

Mereka juga di beri pampasan kematian sebesar RM15,000 jika peserta meninggal dunia akibat KEMALANGAN di tempat kerja atau di mana juga yang di sahkan oleh pihak Polis.

Peserta juga akan menerima pampasan RM10,000 dibayar sekali sahaja jika peserta mengalami kecacatan kekal dan di sahkan oleh pihak Hospital di Malaysia.

Semua pampasan jika meninggal akibat kemalangan akan di beri kepada WARIS yang di namakan semasa pendaftaran.

Selain dari itu peserta dalam program KHIDMAT IMIGRAN juga akan di beri VISA Bank secara percuma.

Untuk mengikuti program KHIDMAT IMIGRAN setiap warga di kenakan bayaran RM500 sekali sahaja bayaran ini dan di wajibkan untuk menjadi peserta Anggota Ppmi Dpln Malaysia dahulu.

Dan bayaran untuk penyambungan program khairat insuran untuk di perbaharui adalah sebesar RM100 setahun.

Disinilah jawapan mengapa dan bagaimana jenazah warga yang meninggal boleh dipulangkan secara percuma ke negara asal peserta

Untuk makluman kepada WNI, pihak SKI juga telah melantik PERSAUDARAAN PEKERJA MUSLIM INDONESIA- PPMI Dpln, yang secara rasmi sebagai rakan dalam urusan progrem KHIDMAT IMIGRAN.

Jadi jika ada WNI yang perlu merasakan untuk mengetahui selanjutnya boleh lah menghubungi pihak PERSAUDARAAN PEKERJA MUSLIM INDONESIA–PPMI Dpln Malaysia.

WNI boleh rujuk pada surat WARTA KHIDMAT IMIGRAN tersebut dan jika WARTA ini didapati penipuan, anda boleh membuat laporan ke pihak keselamatan/Polis.

#ppmidplnpeduli

#kitajagakita

#salamwaras

About Post Author